Thursday 29 March 2012

RealitI Cantik Yang Tak Berapa Cantik - Wardina

Assalamualaikum.
Article ini telah dipetik dari laman web www. iluvislam.com dan ianya sangat berguna untuk semua di luar sana yang digelar perempuan dan wanita. Apabila membaca article ini membuatkan saya sedar yang kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan Allah. Walau apa saja yang telah Dia berikan kepada kita, bersyukur saja dan menerimanya dengan seikhlasnya. Tidakkah anda merasakan jika anda mengeluh atau mengkritik seperti eh, hidung orang tu mancung, aku pun nak mancung macam dia. Eh kulit aku ni buruk lah, inilah dan sebagainya. Tidakkah anda sedar bahawa sebenarnya tindakan anda itu sebenarnya adalah mengrikitik ciptaan Allah sedangkan Dia merupakan pencipta yang paling agung. Saya mengaku, saya sendiri pun telah melakukan perkara yang sama. Tetapi apabila membaca article ini, menyebabkan saya mengubah persepsi saya terhadap kecantikan secara keseluruhannya. Oleh itu, saa ingin berkongsi dengan anda semua isi kandungan article ini yang sangat berguna. JOM!

Salam pembaca semua. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang dikasihi semuanya. Yang dikasihi dan disayangi kerana Allah. Teringat kata-kata Syaikh Ourazi, jika kita mahukan kebaikan dan Jannah, maka sayangilah rakan kita kerana Allah. Sayangilah saudara seMuslim kita kerana Allah dan tidak cukup dengan itu, kita perlu 'beritahu' atau maklumkan kepada mereka bahawa kita menyayangi mereka kerana Allah.
Sangat menyentuh hati apabila tiba-tiba menerima kiriman SMS yang berbunyi "Dina atau Dear sister, I LOVE YOU LILLAH" MasyaAllah. I Love you sudah cukup power, sudah cukup membuatkan kita tersenyum dan rasa dihargai, tetapi I LOVE YOU LILLAH. "Saya sayang kamu kerana Allah", memberi satu dimensi yang sungguh berbeza sekali.
Ini bererti kita menyayangi rakan atau sahabat kita bukan kerana rupa, pangkat, harta atau kelebihan lain tetapi semata-mata kerana Allah. Tiada agenda tersembunyi yang lain. MasyaAllah hebatnya, ikhlasnya, indahnya!
Jadi untuk permulaan, sebelum kita membicarakan yang cantik-cantik, mari berhenti seketika dan kirimkan SMS atau berhenti dari membaca, hubungilah rakan kita dan ucapkanlah "Sister, I Love you Lillah, for the sake of Allah" Lihatlah kesannya. Moga persahabatan kalian kekal selamanya, bersama susah dan senang dan moga bertemu di Jannah! Amin! (Ada pengecualian ya! Sisters tolong ucapkan pada sisters sahaja, brothers pada brothers sahaja).
Baiklah, saya mahu fokuskan tulisan saya kali ini mengenai satu realiti kehidupan yang tidak berapa cantik! Setiap dari kita pernah atau masih menjadi mangsa. Saya lebih lagi, kerana menjadi mangsa dari remaja sehinggalah dewasa. Baru kini sedikit demi sedikit saya sedang menilai diri semula, berusaha menghakis apa yang ada di dalam minda saya yang sudah lama diracuni. Memohon ampun atas dosa saya membiarkan diri menjadi mangsa sekian lama. Saya akui saya telah melakukan dosa. Semoga Allah mengampuni saya! Jika melihat gambar saya yang lalu, ampunkanlah saya adik-adik semua, jangan ditiru! Itulah namanya mangsa keadaan, moga ada hikmah disebaliknya, moga ini dijadikan pengajaran buat saya dan anda semua.
Mari kita berbicara bagaimana minda kita sudah dipengaruhi dan diracuni secara TIDAK sedar atau pun separa sedar, untuk sentiasa tidak bersyukur dengan mata, badan, hidung, kulit atau pun rupa kita! Kita selalu merasa diri KURANG SEMPURNA! MasyaAllah jika kita benar-benar bahawa Allah itu Al Musawwir, Al Bari sebaik-baik pencipta - maka tidak mungkin kita mengeluh.

Mana tidaknya, tiap-tiap bulan, tiap-tiap hari kita disogok dengan gambar dan imej "kesempurnaan" yang dicedok dan berkiblatkan barat. Majalah VOGUE yang bermula dari tahun 1969 membawa fokus kepada tubuh badan wanita! Kita pun merasakan PERLU untuk ikut! Menurut (Kenrick & Guthrie) Wanita yang dikelilingi wanita-wanita cantik – di persekitaran mahupun majalah atau filem – akan merasa rendah diri dan merasa diri mereka kurang menarik.
Ya, ini termasuk lelaki kerana mereka merasakan itulah dia 'cantik', dan mengharapkan wanita mereka 'cantik' seperti yang ada dalam majalah dan TV. Tanpa sedar, kita terus membeli majalah begini, membiarkan diri merasa kurang cantik dan kurang sempurna! Saya sudah berhenti! Berhenti membeli majalah ini. Kerana saya yakin Allah menyempurnakan kejadian saya dengan sebaiknya! Beli majalah SOLUSI dan Gen-Q MasyaAllah membuatkan saya mahu lebih cantik dari dalam Alhamdulllah! Ya, apa yang kita baca dan apa yang kita lihat amatlah mempengaruhi kita.
Krim muka untuk memutihkan kulit, pusat pelangsingan badan yang meracuni minda (saya juga menjadi mangsa seketika dulu) dan alat solek yang beratus jenama dan fungsi sebenarnya merupakan satu empayar bisnes bernilai jutaan ringgit.
Empayar ini terus 'hidup' dengan membuatkan wanita merasa TIDAK cantik supaya "kami " (golongan hawa) membeli produk mereka. (Jangan dicerita bahan yang dimasukan kedalamnya, tidak pernah kita ambil peduli segala racun dan bahan tidak selamat lagi tidak halal) Dengan terus menyogok di dalam minda bahawa kita 'kurang sempurna' maka kita TERPAKSA membeli produk mereka. Strategi 'marketing' mereka menunjukan bagaimana mudahnya kita, orang Islam Melayu ditipu. Sangat mudah dipengaruhi.
Tidak berhenti bertanya kepada diri seketika. Perlukah? Selamatkah? Benarkah apa yang mereka dakwa ini? Kajian menunjukan bahawa ketika zaman kegawatan ekonomi, peningkatan jualan kosmetik semakin meningkat. Ya hakikatnya kita merasakan kita perlu segala 'tambahan kosmetik palsu' ini untuk merasa yakin! Sedih bukan?
Tahukah anda di Malaysia untuk jadi jutawan segera adalah dengan memulakan bisnes kosmetik. Cuma tukar jenama, ambil dari kilang yang sama, janji dengan bermacam janji dan lakukanlah sedikit promosi. Jutawan sekelip mata! Allah, mari kita duduk sebentar untuk berfikir adik-adik.
Bagaimana kita menilai cantik? Tak cantikkah seorang wanita yang tiada baju berjenama dan solekan diwajah namun kaya dengan ilmu, santun, adab dan akhlak?
Akhir kata, cukuplah kita berkiblatkan barat untuk menilai 'cantik' cukuplah menggunakan J.Lo dan Angelina Jolie sebagai 'rujukan' kita. Cukuplah kita tiru mata, solekan, pakaian, rambut mereka. Yakinlah dengan mengatakan Allah menciptakan saya sebagai insan cukup sempurna. Rujuk Quran surah Tin "Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian". Tak usah rasa rendah diri kalau kita tidak seperti apa yang majalah atau barat 'kata' sebagai cantik. Yakinlah dalam diri yang lebih penting ialah apabila kita cantik dengan adab, akhlak, islam, iman dan ihsan. Sesungguhnya saya juga sedang membina keyakinan ini dalam diri saya dan anak-anak. Cantik BUKAN fizikal semata.
Hiduplah dengan nama Allah Al-Jamil. Namun cantik dalam erti yang sebenar. Cantik dalam sabar dan memberi maaf itulah akhlak yang cantik. Cantik kerana mengucapkan yang benar, kerana hati penuh keikhlasan mencari kebenaran, cantik kerana ketaatan kita kepada Allah.
Sebelum berakhir kita renung satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Masood. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Maka ada hamba Allah yang bertanya: Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik? Rasulullah SAW menjawab "Allah itu Maha Cantik dan Allah mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain" (Bukhari)
Bukan tak boleh cantik, cuma mari nilaikan semula definasi cantik kita selama ini. Definasi siapa yang kita pegang? Jika bertemu dengan orang lain, elakkan dari menuji kecantikan mereka dahulu. Menilai orang dengan hanya kecantikannya adalah merendahkan martabatnya. Sebagai seorang wanita, saya mahu lebih dari cuma cantik! Diri saya berharga BUKAN kerana cantik saya, tetapi ilmu, adab dan akhlak saya InsyaAllah. Mari bina keyakinan dri situ. Saya yakin kita akan lebih dihormati dan disayangi InsyaAllah oleh Allah dan manusia. Wallahu'alam
Salam Sayang,
-WARDINA-

Oleh itu, sangat jelas disini untuk kita sentiasa bersyukur atas setiap kurnian-Nya. Hakikatnya, semua wanita adalah cantik. Dengan cara yang tersendiri. Dan jangan lah kita oandang seseorang tu hanya melalui paras rupa sahaja kerana ia tidak semestinya melambangkan keperibadian seseorang tersebut.

Lotsaloves,

Wednesday 28 March 2012

The -new-in-the-making ME!

Assalamualaikum.
Well hello fellas. Days to days, i realised that my love in blogging is increasing. Seriously, i love it so much. And now, since ive got my new lappy. It surely making me more active in the world of blogging, right. Hehe.
Nothing much to write actually. LOL.

Hmm, about my last post. I was talking about my result. Its was sucks but its not the end of the world. And now lets make a new start!. I made up my mind already to take bachelor in architecture. Without doing the diploma! Hahaha yeah its the new 'way' for this year. i just have to complete the degree in architecture in just 4 years. So, InsyaAllah, id finish my degree at the age of 22 :) So young huh? Haha

So, i have to aim always for the best starting from now. Ill prove to people that always underestimating me. Whoever you are! I don't care.

Oh yeahh before that, i set 'I WISH' as my page song because the lyrics exactly the same like what ive been through lately, hehe. Not about SPM of course but about something else. Just guess! What is it about. HAHA

Well i hope that one day he would realise that im better than HER but its not her fault pun. Just express my feeling, hehe and my mum always said that,

'Kalau ada jodoh takkan ke mana'

And that words always making me smile and i can put some hopes. :)
Thank you mama :D

Thats all, this time im talking like crap. Everything in one. Haha LOL.

Lotsalove,





Friday 23 March 2012

up side down of life

Hmm memang sedih. It took me quite lot of times thinking if i should blog about this or not. Well here i am, writing about this.

On 21/3/12, the SPM results has already been announced. And i know that people around me will be getting excellent results.And its truly true!Not like me. Im sucks. Too weird! . I dont know whats wrong about me
Okay so, maybe i deserve this.
My parents didnt exactly expect me to get that much. Its sucks! Seriously sucks. And i also think that i shouldnt get that much. Its too low. Like whattt? Cousins, friends , close friends, each of them got excellent results. And me? What about me? Ohh please dont ask.
My uncle and aunts were all putting so much hope on me. Because they knew that i could do it. If they look based on my UPSR and PMR results.
i cried , i cried and cried eventhough i know it wont change even a thing.

But okay, im thinking of taking art and design at first. I love fashion so much! But then , i think that its better for me to take business.

So i made that as my first option :)

Forget about it! Malas nak cerita panjang panjang. Its making me more sad.

Thanks to all my friend who gave me lots of moral supports. You guys are my truly friends. A sincere friend  doesn't look people based on their intelligent or something blah blah blah.
For my friends, Jaja ,Miza , Keenah , Fatin and not to forget my lovely Azreena :) and and so many more actually :) Thanks for all the supports, okay.

Well yeahh, now i started to believe in myself by taking new steps to face lots more tests for me to go through.
No one actually will ask you about your results once you enter the university. Wherever you are. Even how smart you are. But it can be your ticket to further your studies abroad.

Sorry, if my words make you feel down but that's how i feel and that's how i try to make myself happy and not being in sorrow anymore.
 And not to forget, CONGRATULATIONS tu all my friends that got flying colours in their SPM. You guys are so so so amazing, okay! You guys just did so great!

Thanks for reading this fellas. Bye.
Lotsalove,

Monday 5 March 2012

Cuppy-Cakes

Hmm, well hello fellas! It has been long time i think ive not been blogging. And today, here i am.
Well i went for a Cupcakes Workshop last Saturday at Bagus. Bagus is actually a shop that selling things-to-make-cakes. Like that lahh haha :D And the cool thing is i went there with the best friend ever, Miza Aliyah <3.
The workshop started at 10.30 til 5 pm :) But we finished early actually. And and and, we both were the only yougsters there. Include this one girl *almost forgot. (memang patut pun) HAHA :D The others were all Mak Cik - Mak cik. But we were having fun much lahh. Not to forget, our chef, Chef Nena Zin :)

First step :)







So sweet, huh ?






Colours that colour your CAKE LIFE!







Beados

And here you go. Our chef, Chef Nena Zin!


Our buttercream


They got a very nice taste. Like a Kenny Rogers one? OOps


Its us!


Again ?




The Cupcakes already covered with the buttercream.




Its time for us to decorate the cakes :)








Its Miza, and shes trying to do the 'ROSE'



And this my rose. The leaves tak jadi sangat.







And were done 




The nozzles!


Goodbye Chef !




Bye fellas. Thats all :)